About Me

My photo
Take Care Boleh, Tapi Jangan Over!

Monday, October 4, 2010

Buat Peluka Hati...

Salam,

Aku tak tau la kau baca ke tak blog ni..tapi aku rasa kau dah tau profile FB aku. Maaflah sebab aku dah lama tak busybody hal kau @ lebih tepat lagi, aku dah lupa kat kau sehari selepas raya *syok sangat beraya sebab tu lupa* muka kau pun aku dah samar-samar, yela sebulan jekan kita kenal.

Tapi satu je aku nak cakap...tak payahla susah payah amik tau hal aku, sebab aku memang dah tak perlukan kau dan kau tak payah la nak rasa sedih sebab kau tak pernah pun pikir macam tu masa kau tipu aku dulu. Aku bahagia dengan hidup aku sekarang, ada kau ke tak ada kau ke sama aje. Jangan kau pikir aku sentiasa sedih lepas semua tu berlaku sikit pun aku tak sedih rasa lagi tenang ada la sebab lepas ni aku akan berhati-hati pilih kawan lelaki..

akhir kata, its too late to apologize...




hati yang kau sakiti,
aku....

Sunday, August 29, 2010

Kuantan Kata Mari, Mersing Kata Pergii!!!

Salam...

Wah mesti semua orang dalam mood raya dah ni. Me too!! hehehe memang excited gila raya tahun ni. Walaupun minggu-minggu terakhir aku dekat mersing penuh dengan masalah, tapi aku tetap happy. Happy sebab kawan-kawan sentiasa berada dekat dengan aku. Down macam mana pun aku, korang tetap bagi semangat. Kakak-kakak aku pun sentiasa ada..Love you guys a lots la!!

Entah kenapa hari ni rasa macam homesick gila. Homesick sangat, too homesick & seangkatan dengannya lah! Rindu nak makan roti jala yang ma masak. Rindu nak gelak-gelak masa berbuka dengan kak chik. Rindu nak dengar ma & kak chik marah-marah bila budak-budak kat rumah aku main mercun. haha Banyak sangat benda aku nak suruh ma masak. Bulan puasa ni sekali pun aku tak pernah berbuka kat kuantan. Saja tak nak balik sebab nak feel perantau sikit. Selama ni asyik duduk bawah ketiak ma je kan.

Belum apa-apa lagi geng-geng kesayangan aku dah buat perancangan nak beraya hehe mesti pening kepala orang baca komen kitorang kat FB tu. Merepak entah apa-apa je. Mood pun mood dengar lagu raya. Gilalah tahun ni, memang rasa macam budak-budak je excited nak raya.

perancangan masa raya nanti dah dibuat =p
 
Aku tulis blog ni pun sambil senyum. Dapat bayangkan tak macam mana keadaan aku sekarang?? Excited gila-gila. Baju raya tak usah cakap la, dah ciap dah pun. Raya tahun ni aku rasa aku over sikit la. Tahun lepas dah memang tak ada mood nak raya so mood tu datang berlipat ganda tahun ni. Mula-mula aku ingat aku je yang excited tapi tengok kak chik aku, BFF aku semuanya sama.

kak chik pun excited!



Ni aje nak tulis. Update khas untuk ko fiqah..hehehe Raya nanti teman aku pergi rumah DIA ye...


kaki nota : final projek tak siap lagi!!!

Saturday, August 14, 2010

New Blog!!

Salam semua..

Tak tau nak mulakan ayat, mukadimah macam mana. Dah lama rasanya tak menulis ni. Bila stalker gedix tu dah masuk campur hal aku, automatik aku rasa malas nak update. Tapi rasa lain bila tak menulis, jadi aku buat keputusan untuk rehat sekejap daripada dunia blog ni.

Bila dah masuk sebulan, aku rasa bosan pulak sebab banyak cerita nak dikongsi dengan kawan blog tapi tak terluah. So, bila ada masa hari ni, aku terus online & buat blog baru. Blog yang lama tu biar je jadi kenangan. Lagipun aku dah start hidup baru, mulakan perubahan sikit demi sikit. Hidup biar enjoy je, jangan ada masalah, & jangan cari masalah.

okeylah, nanti ada masa aku update lagi..